25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kes bunuh: Polis buru dua suspek warga Sri Lanka

Mesti Baca

POLIS memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, ibu negara malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kedua-dua suspek berkenaan menginap di kediaman sepasang suami isteri yang menyewa di tingkat dua rumah kedai berkenaan sebelum kejadian bunuh di premis itu berlaku.

Katanya, dalam kejadian pada 11 malam itu, polis menemukan tiga mayat lelaki dalam sebuah bilik stor di kediaman pasangan suami isteri dalam keadaan bertindan dengan tangan terikat manakala kepala mereka disarungkan dengan beg plastik.

“Dua daripada mayat berkenaan merupakan penyewa bilik dalam premis itu manakala seorang lagi merupakan anak lelaki kepada pasangan suami isteri berkenaan. Mangsa berusia antara 20-an hingga 40-an,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.

Advertisements

Allaudeen berkata, kejadian bunuh berkenaan dilaporkan kepada polis oleh jiran-jiran di sekeliling kawasan premis itu setelah mendengar teriakan seperti berlaku pergaduhan dari arah kediaman penyewa itu.

“Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 40 tahun itu bersama anak mereka telah berkenalan dengan suspek sejak enam bulan lepas dan suspek yang tiba dari Klang telah menginap di rumah mangsa selama dua hari.

“Polis percaya dua suspek berkenaan merancang pembunuhan itu manakala motif pergaduhan ini masih disiasat,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Allaudeen berkata, pasangan suami isteri berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala kesemua mayat telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan