30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hubungan sulit punca lelaki dibunuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUBUNGAN sulit antara mangsa dan teman wanita salah seorang suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan terapung di sebuah tasik di belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, motif pembunuhan itu terungkai apabila pihaknya berjaya lelaki bagi membantu sisasatan.

Menurut beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada lelaki berusia 23 tahun dan 41 tahun di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada pukul 8 malam semalam.

Katanya, hasil soal siasat mendapati punca kejadian adalah disebabkan hubungan sulit mangsa bersama teman wanita suspek berusia 23 tahun yang terbongkar sebelum dia dibunuh.

“Pihak polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama bagi membantu siasatan.

“Kita turut merampas sebilah parang di sebuah kandang lembu di bawah jejambat di Lebuhraya Lingkaran Putrajaya-Cyberjaya pada pukul 12.05 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Wan Kamarul lagi, hasil soal siasat, polis menahan seorang lagi suspek berusia 52 tahun di Taman Puchong Prima, Puchong, pukul 2.30 pagi.

Katanya, polis juga juga merampas sehelai seluar yang didapati mempunyai kesan darah dan sehelai baju berlengan panjang.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan bekerja di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Sri Aman, Puchong.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan