31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemancing terkejut jumpa mayat dengan kesan tetakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemancing terkejut apabila ternampak mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di sebuah tasik yang terletak di belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pemancing berkenaan telah pergi ke tasik tersebut untuk memancing dan terlihat sebuah kenderaan dalam keadaan bahagian hadapannya berada di dalam air.

“Saksi telah pergi memeriksa kereta tersebut dan kemudiannya terlihat mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terapung lalu segera menghubungi balai polis Cyberjaya untuk tindakan selanjutnya.

“Sepasukan forensik telah dikerahkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati mayat adalah seorang lelaki tempatan bertubuh gempal berusia 43 tahun, lengkap berpakaian baju-T berwarna hitam dan berseluar jeans hitam bertali pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pasukan forensik juga mendapati ada unsur jenayah susulan penemuan lima kesan tetakan pada bahagian kanan kepala mangsa dengan pergelangan tangan kirinya juga hampir putus.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan tersebut turut menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang telah terjunam di dalam tasik.

“Tinjauan mendapati kawasan tasik tidak berpagar serta boleh diakses secara bebas selain menjadi tumpuan pemancing.

“Siasatan lanjut berhubung penemuam mayat tersebut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan