30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kesal bekas pemain badminton negara buat kenyataan rasis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RATA-RATA rakyat Malaysia kesal dengan kenyataan rasis berkenaan Melayu yang dibuat oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.

Kenyataan rasis itu menjadi tular sejak dua hari lalu melalui perkongsian video berdurasi satu minit 34 saat pemilik akaun tik tok @Ahboybadminton.

Dalam video berkenaan, pemilik akaun itu berkongsikan video seorang bekas pemain badminton negara yang kini menjadi jurulatih di negara China.

“Saya Ahboy, baru-baru ini, I (saya) nampak satu video seorang warga Malaysia yang jadi jurulatih badminton kat China… dia post satu video.

“Dalam video itu dia kecam BAM dan keluarkan kata-kata yang rasis kepada orang Melayu. Dia kata prestasi pemain tak baik sebab management semua orang Melayu.

“Dia kata orang Melayu malas dan tahu makan sahaja. Nanti ada translate video tu korang tengok,” katanya dalam video tersebut.

Melalui terjemahan Guang Yik berkata, dalam Malaysia Open, tiada pemain Malaysia ke pusingan akhir.

“Yang ini masalah pemain atau BAM. Masalah yang paling teruk ialah BAM. Saya rasa ini sebab Kaum Melayu yang jadi management BAM.

“… jangan bagi orang Melayu jadilah tukar orang Cina. Cuba tengok ada improve. Sebab orang Melayu dalam mindset saya, semua malas tahu makan ja.

“…sebab satu hari sembahyang lima kali. Dia mana ada niat nak uruskan BAM dengan baik. Menaikkan badminton Malaysia, saya rasa takda lagi,” kata Guang Yik dalam video yang juga dikongsikan di Tiktok itu.

Video itu mendapat kecaman rakyat Malaysia dan ada yang menggesa agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan ke atas Guang Yik.

Bahkan ada juga yang mengingatkan Guang Yik, masyarakat di Malaysia sudah lama hidup berbilang bangsa dalam keadaan yang harmoni kerana menjaga sensitiviti kaum.

-EDISI9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan