34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Usah hancurkan keharmonian rakyat – Chong Wei

Keharmonian yang dikecapi hari ini bukan dibina dalam tempoh sehari dua tetapi sebaliknya memakan masa berdekad-dekad lamanya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Lee Chong Wei menasihati bekas pemain badminton pelapis negara, Bong Guang Yik agar tidak menghancurkan keharmonian rakyat yang terjalin erat pada masa kini.

Bekas jaguh pemain no. 1 dunia itu berkata, ini kerana keharmonian yang dikecapi hari ini bukannya dibina dalam tempoh sehari dua tetapi sebaliknya memakan masa berdekad-dekad lamanya.

Sebaliknya beliau berkata, sukan mendukung rasa hormat dan tidak menerima sebarang sikap perkauman.

“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang erat. Bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia (Guang Yik) sebiji epal busuk, kawan-kawan,” katanya yang turut kesal dengan kenyataan yang dibuat bekas pemain badminton tersebut.

Legenda badminton negara itu mengulas kenyataan rasis yang dibuat Guang Yik yang kini menjadi jurulatih badminton di China menerusi satu rakaman video yang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Dalam rakaman tersebut, bekas pemain projek pelapis negara tahun 2014 itu mendakwa prestasi pemain negara tidak akan meningkat selagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diterajui oleh orang Melayu.

Ini kerana katanya, orang Melayu hanya tahu makan dan solat lima kali sehari.

Dalam pada itu, Chong Wei turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang tangkas mengendalikan kes tersebut.

“Terima kasih kepada YB (Hannah) atas kecerdikan dan kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya.

Hannah mengecam sekeras-kerasnya kenyataan perkauman yang dibangkitkan Guang Yik tersebut.

Bagaimanapun, pemain berkenaan ‘terlepas’ daripada sebarang tindakan memandangkan dia tidak lagi menjadi atlet negara serta tidak tinggal di negara ini.

Minggu lalu, pemian hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.

Tindakan tersebut dibuat selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan provokatif diturunkan sejak awal tahun

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang...

Lagi Artikel Berkaitan