24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kantin SK (LKTP) Kampung Awah tersenarai projek daif KPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KANTIN di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kampung Awah, Maran, Pahang tersenarai antara 74 projek daif yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, senarai tersebut adalah untuk Rolling Plan Ketiga (RP3) tahun 2023 manakala kelulusan projek tertakluk kepada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Menurutnya, projek itu melibatkan skop untuk merobohkan bangunan daif sedia ada dan membina semula bangunan baharu termasuk kantin dan lain-lain kemudahan mengikut piawaian dan mesra OKU.

“Selain perolehan peralatan dan kelengkapan baharu serta menambah baik kemudahan infrastruktur sedia ada.

“KPM sentiasa cakna dan prihatin terhadap isu yang melibatkan soal kebajikan dan keselamatan murid,” katanya hari ini.

Advertisements

KPM berkata demikian merujuk kepada laporan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari lalu berhubung isu kerosakan kantin sekolah itu sehingga menyebabkan 230 orang murid terpaksa makan merata-rata termasuk di tepi longkang.

Dalam pada itu, KPM menegaskan sementara menunggu pembinaan semula kemudahan tersebut, pihak sekolah sejak awal telah meletakkan pita larangan memasuki kawasan tersebut atas faktor keselamatan berikutan telah diisytiharkan tidak selamat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan khemah khas digunakan oleh murid dan guru semasa waktu rehat.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif untuk keselesaan semua murid dan guru,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan