25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis kesan Syafiq Raj bantu kes bunuh warga emas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pesara yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek dikenali sebagai Syafiq Raj Kalai Selvan yang beralamat terakhir di Lorong Belatuk 1, Taman Bersatu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta berhubung terus dengan Inspektor Ahmad Nazam Md Shah di talian 012-7221913.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di 06-2842222 atau balai polis berhampiran,” katanya hari ini.

Ujar Christopher, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa bahawa bapanya dilanggar sebuah Perodua Axia pada 27 Februari lalu kerana menegur dua lelaki yang berada dalam kenderaan itu untuk memperlahankan radio dibuka kuat.

Advertisements

Menurutnya, mangsa kemudian dirawat di Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Risikan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka membawa kepada penangkapan salah seorang suspek di Ayer Keroh serta merampas telefon bimbit dan pakaian yang dipakai semasa kejadian.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek melarikan diri dan sedang giat dikesan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan