32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Pandemik: KPM prihatin tahap penguasaan akademik murid

Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin terhadap tahap penguasaan akademik murid sekolah rendah mahupun sekolah
menengah khususnya di kawasan luar bandar kesan pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, Menteri, Fadhlina Sidek berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Menurut beliau, pada peringkat sekolah rendah, KPM telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi atau Primary Literacy and Numeracy (PLaN) untuk memastikan murid menguasai sekurang kurangnya tahap minimum (Tahap Penguasaan 3).

“Modul latihan intervensi berfokus dan terbeza (MoLIB) dan Schemes of Work (SOW) juga disediakan untuk kegunaan guru bagi menangani isu penguasaan 3M dalam kalangan murid.

“Selain itu, PLaN juga menyediakan bahan bantu belajar murid serta item pentaksiran untuk menyokong pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),” katanya.

Baca juga:   Gambar tular nasi dan kuah bukan makanan RMT - Radzi Jidin

Beliau berkata demikian menjawab Pertanyaan Lisan Muhammad Islahuddin Abas (Mersing) pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Muhammad Islahuddin meminta Menteri menyatakan sejauhmana usaha kerajaan dalam menilai semula tahap penguasaan akademik murid sekolah rendah terutamanya selepas pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, kata Fadhlina, bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai literasi dan numerasi, KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya ialah Program Pemulihan Khas.

“Guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid yang terjejas semasa pandemik COVID-19 dalam aspek penguasaan kemahiran asas 3M.

Baca juga:   Zon merah di Sabah catat trend penurunan

“Selain itu, KPM juga mengadakan Program Bantu Baca bagi semua murid sekolah rendah memperkukuhkan kemahiran membaca.

“Program ini dilaksanakan secara kolaboratif melibatkan pelatih Institut Pendidikan Guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah, pelajar matrikulasi dan murid sekolah berasrama penuh dengan kerjasama komuniti setempat,”katanya.

Beliau berkata, KPM juga memugarkan semula pelaksanaan Program Bimbingan 3M (Probim) bagi murid sekolah menengah (kelas peralihan hingga Tingkatan 5) supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum menamatkan persekolahan.

Ujar beliau, kejayaan dan kemenjadian murid haruslah dilihat secara holisitk dan bukan semata-mata berdasarkan prestasi dalam bidang akademik sahaja. – Edisi 9

Baca juga:   56 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan