Wednesday, July 22, 2026

Malaysia ada potensi bangkit jadi sebuah ekonomi dinamik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ia berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain punyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook beliau berkata, perkara itu dikongsikan dalam sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.

“Saya dan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai.

“Ruangan ini saya turut nyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini langkah dalam usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang sedang dihadapi negara ketika ini,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan