26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 11, 2024

3 lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA individu lelaki ditahan dalam Operasi Mabuk secara sekatan jalan raya di Jalan Pandan Utama kerana didapati memandu dibawah pengaruh alkohol malam tadi.

Operasi berkenaan telah dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudiannya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan BSPT, tiga individu lelaki telah ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan motor dengan kepekatan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.

“Berikutan itu, tangkapan telah dibawa balik ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya untuk dijalankan ujian EBA II (Evidential Breath Analyzer II) bersama-sama dengan kenderaan yang terlibat.

Advertisements

“Hasil ujian EBA II terhadap individu yang ditahan menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah yang melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya 50mg/100ml yang dibenarkan,”katanya.

BSPT berkata, orang awam adalah diingatkan supaya tidak memandu atau menunggang kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ini kerana, perbuatan seperti ini hanya akan membahayakan diri sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain.

“Semoga informasi yang disampaikan melalui media massa ini dapat digunakan sebagai pengetahuan dan panduan agar setiap pengguna jalanraya mematuhi peraturan lalulintas yang digariskan oleh kerajaan Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu ‘gelombang merah’ di bawah Donald Trump

Oleh COLLINS CHONG YEW KEAT DONALD J. Trump memenangi Pilihan Raya Presiden dengan kemenangan suara rakyat Amerika dalam mesej jelas...

Lagi Artikel Berkaitan