27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lonjakan trafik dijangka sehingga 70 peratus – ANIH Berhad

Lebih satu juta kenderaan dijangka menggunakan KLK, iaitu jangkaan peningkatan sebanyak 70 peratus kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANIH Berhad, pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menjangkakan trafik menuju ke Pantai Timur akan padat bermula hari ini hingga esok susulan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Imran Gulcharan Abdullah berkata, lebih satu juta kenderaan dijangka menggunakan KLK, iaitu jangkaan peningkatan sebanyak 70 peratus kenderaan.

Menurutnya, bagi LPT1 pula kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melaluinya, dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus.

“Cuti perayaan yang bersambung dengan cuti hujung minggu ini merupakan peluang berharga untuk bersama keluarga dalam tempoh lebih lama.

“Kami menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk mengikuti panduan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi tempoh 27 Jun sehingga 2 Julai bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini juga, ANIH Berhad akan menambah bilangan kakitangan sokongannya sehingga 20 peratus.

Advertisements

Katanya, penambahan itu membabitkan petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) serta menempatkan seramai lebih daripada 170 anggota RELA di kawasan strategik bagi memastikan kelancaran trafik.

“ANIH juga membuat persediaan untuk membuka lorong kontra di lokasi yang sesak dan bersesuaian serta lorong tambahan tol bagi transaksi secara manual.

“Kami menyarankan agar pengguna lebuh raya sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan amalkan pemanduan berhemah.

“Gunakan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau hentian sebelah bila perlu. Patuhi tanda-tanda jalan, had laju, dan arahan daripada pegawai lebuh raya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan yang terjamin,” katanya.

Beliau berkata, ANIH Berhad komited meningkatkan kemudahan dan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

“TTA merupakan panduan penting bagi membolehkan mereka merancang perjalanan dengan lebih baik dan mengurangkan kemungkinan kelewatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan