27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Agong zahir takziah keluarga anggota TUDM terkorban di Gemas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah terkorban dalam kejadian letupan bom ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Katanya, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mereka dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka menghargai jasa dan khidmat mereka kepada TUDM dan negara,” katanya hari ini.

Advertisements

Jurulatih, Koperal Udara Syuib Bidin dan Laskar Udara I Mohd. Iqmal Masdi terkorban dalam kejadian letupan bom ketika sesi latihan pada Ahad lalu.

Syuib merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (Instar), Pangkalan Udara Sendayan, Negri Sembilan.

Mohd. Iqmal pula merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di Instar.

Kenyataan itu berkata, Seri Paduka berdua turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman yang cedera dalam insiden tersebut dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan segera. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan