Tuesday, July 21, 2026

Syarikat Malaysia, Laos tandatangani pelbagai perjanjian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC), Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) di Laos hari ini.

Dalam lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke negara itu, Anwar dan Siphandone menyaksikan MoC antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE).

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan MoC termeterai antara Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Pelabuhan Kering (TDP) dan pertukaran MoU antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Anwar memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyatakan hasrat bekerjasama dengan pihak EDL menerusi surat niat (LoI) yang telah diserahkan semasa majlis itu.

Beliau mengharapkan kerjasama yang dimeterai itu akan mengukuhkan lagi pelaburan Malaysia di Laos dan memberi faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara.

Dalam perkongsian sebelum itu, Perdana Menteri berkongsikan intipati kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan delegasi lain.

“Usai sambutan rasmi oleh Kerajaan Laos, delegasi kemudiannya meneruskan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara,”katanya.

Perdana Menteri berkata, mereka juga berkesempatan membincangkan peluang kerjasama baharu sekali gus mampu membawa kebaikan bersama buat Malaysia dan Laos.

Kedua-dua Perdana Menteri turut menyentuh isu-isu serantau dan ASEAN yang menjadi kepentingan bersama. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan