Thursday, July 23, 2026

Malaysia sokong Loas ambil alih Pengerusi ASEAN tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyatakan sokongan dan kesediaan sebagai negara sahabat membantu Laos yang akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga komited untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi meningkatkan perdagangan elektrik rentas sempadan ASEAN dan membantu Laos menjadi the ‘Battery of Asia’.

“Tumpuan turut diberikan terhadap kerjasama dalam bidang pengangkutan keretapi yang akan memudahcara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke negara berdekatan tanpa sekatan.

“Kerjasama keretapi ini juga akan disokong oleh kerjasama pelabuhan darat Perlis Inland Port dan Thanaleng Dry Port sekali gus memudahkan pergerakan kargo di sempadan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau dan rakan sejawat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone mengadakan sidang media bersama bagi berkongsi hasil mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Laos.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata, Malaysia turut menyatakan komitmen dalam membantu dan menjalinkan kerjasama industri halal bersama Laos.

Katanya, beberapa lagi bentuk kerjasama akan diteruskan Malaysia kepada Laos antaranya seperti memberikan latihan dalam pelbagai bidang menerusi Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP).

“Saya turut membangkitkan situasi di Myanmar di mana Malaysia dan Laos menyatakan pendirian selari dengan ASEAN dan akan terus mendukung usaha Indonesia dan Utusan Khas ke Myanmar,”katanya.

Perdana Menteri kini dalam rawatan rasmi selama dua hari ke negara itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan