29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

DUN Terengganu dibubar esok – Ahmad Samsuri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubar secara rasmi esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembubaran tersebut telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud hari ini.

“Bahawasanya, menurut Fasal 44 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) memperuntukkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh memberhenti atau membubarkan DUN.

“Maka oleh yang demikian, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal 44 (2) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) telah mengampuni perkenan untuk membubarkan DUN Terengganu esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

DUN Terengganu yang mempunyai 32 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal sebelum tempoh mandat DUN yang berakhir pada 30 Jun.

Advertisements

Sementara itu, Ahmad Samsuri ketika ditemui selepas menghadap Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah hari ini berkata, kerajaan negeri akan ditadbir oleh kerajaan caretaker untuk sementara waktu.

“Kerajaan cartaker (akan mentadbir). mana-mana mesyuarat yang tidak memerlukan keputusan dasar pelaksanaan akan bermesyuarat seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, PRN ini merupakan satu proses demokrasi untuk memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan masing-masing.

“Ini pemegang taruh paling berat sekali, harus bersikap adil dan mengambil maklumat tepat sebelum membuat keputusan. Kita serah kepada rakyat buat pertimbangan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan