26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penjawat awam Selangor dapat cuti tambahan 30 Jun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Selangor bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Jun ini kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan itu hanya terpakai kepada penjawat awam di negeri itu sahaja, tidak termasuk pekerja swasta.

“Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri sahaja. 

“Walau bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).

Advertisements

“Pentadbiran kerajaan negeri juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada sema penjawat awam dan rakyat Selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Hari Raya Aidiladha jatuh pada Khamis ini bersamaan 29 Jun, dengan pemberian cuti tambahan pada hari Jumaat akan memberikan penjawat awam di Selangor mendapat cuti berturut selama empat hari sehingga Ahad.

Sehingga kini, hanya Kerajaan Negeri Selangor yang mengumumkan pemberian cuti tambahan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan