24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rasuah pengundi: Kemenangan Ahmad Amzad dibatal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15.

Beliau berkata, walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti-bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan pilihan raya di Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM50,000 kepada pempestiyen dan membenarkan penangguhan keputusan selama 14 hari bagi membolehkan Ahmad Amzad membuat rayuan serta memfailkan permohonan rasmi penggantungan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Ahmad Amzad diwakili peguam, Wan Rohimi Wan Daud manakala Mohd. Zubir diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun.

Advertisements

Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lalu iaitu beberapa hari sebelum PRU-15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa. 

Pada PRU-15, Ahmad Amzad memenangi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd. Zubir.

Sementara itu, Wan Rohimi berkata, pihaknya akan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan secepat mungkin selepas Aidiladha.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan rasmi untuk menggantung keputusan mahkamah supaya Pilihan Raya Umum tidak diadakan sehingga rayuan diputuskan mahkamah dalam tempoh enam bulan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan