27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

BN selar pembangkang main isu ‘lampu padam’ semasa kira undi

Menjelang PRU15 anasir-anasir mereka untuk menghasut fitnah kembali kedengaran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) menyelar pihak pembangkang yang mula memainkan insiden ‘lampu padam’ semasa pengiraan undi bagi mencetuskan syak wasangka dan rasa kurang senang masyarakat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini pembangkang mencipta banyak persepsi konon pilihan raya berlangsung secara tidak adil.

Malah menurutnya, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipertanggungjawab untuk menjayakan demokrasi tidak terlepas menjadi mangsa fitnah mereka.

“Tentunya semua masih ingat tuduhan 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi di Malaysia.

“Begitu juga kempen politik pembangkang konon berlaku insiden ‘lampu padam’ semasa pengiraan undi.

“Tujuannya cuma satu iaitu untuk mencetuskan syak wasangka dan rasa kurang senang masyarakat,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, di sebalik semua fitnah tersebut, terbukti BN dalam mentadbir negara adalah kerajaan yang menghormati mandat rakyat.

“Walau tertewas angkara politik fitnah, penipuan dan janji palsu lawan, BN menerima keputusan rakyat.

Advertisements

“BN menerima keputusan PRU14 dengan hati yang terbuka meskipun ia amat memeritkan.

Menurut beliau, selepas sekian lama menabur budi akhirnya dikalahkan dengan kelicikan lawan bermain persepsi.

“Bagaimanapun BN tahu kebatilan tidak mampu bertahan lama kerana kebenaran akan terserlah.

“Justeru, BN yang tidak dapat membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018 berusaha bangkit semula.

“Bukan melalui rusuhan jalanan, fitnah dan pembohongan, tetapi melalui fakta dan kebenaran.

Kini menurut beliau, menjelang PRU15 anasir-anasir mereka untuk menghasut fitnah kembali kedengaran.

“Maka berhati-hatilah rakyat Malaysia kerana bisikan fitnah akan sentiasa cuba mencari ruang untuk menghasut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan