31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Deepavali : PLUS jangka jumlah kenderaan bertambah 1.9 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan bertambah sehingga 1.9 juta di rangkaian lebuh raya bermula hari ini sempena sambutan Hari Deepavali pada Isnin ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

Sehubungan itu, katanya, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya.

Ujarnya, ia juga bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.

“TTA diwujudkan bagi mengagih trafik dan mengurangkan kesesakan terutamanya di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini.

“Ia direka untuk mengelakkan pelanggan yang menuju ke destinasi lebih jauh daripada ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi lebih dekat.

“TTA boleh memberikan kesan yang lebih baik kepada pengalaman perjalanan pelanggan lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zakaria berkata, jadual TTA juga boleh dirujuk di laman web www.plus.com.my serta saluran media sosial Plus.

Tambahnya, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan bermula esok hingga 25 Oktober ini.

Beliau berkata, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor supaya dinasihatkan menggunakan lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

“Pengguna lebuh raya dari negeri berkenaan yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

“Untuk perjalanan yang lebih selesa, Plus dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan