27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Perayaan Deepavali antara jalan bangunkan Malaysia Madani

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perayaan Deepavali adalah antara jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.

Berikutan itu, beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad berkata, kejamakan (kelaziman) budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap berserta nilai dan budi pekerti yang tinggi,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menteri Kewangan itu juga berkata, Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih cekap.

Advertisements

Anwar berkata, beliau akan berusaha memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, terutama masyarakat Hindu terus ditambah baik.

Perdana Menteri turut menyertakan ungkapan dalam Thirukural yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu membawa maksud ‘Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik adalah nikmat yang sebenar dan kegembiraan berpunca daripada sikap tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan’.

Katanya lagi, Deepavali yang diraikan sebagai ‘pesta cahaya’ adalah simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan mengatasi kejahilan dan keangkuhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan