34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hapus veto selesai kekejaman ke atas Palestin – Ismail Sabri

Mesti Baca

PEMBUNUHAN kejam dan besar-besaran yang berlaku di Palestin hanya akan dapat diselesaikan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghapuskan kuasa veto khususnya melibatkan Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini terbukti apabila Israel ternyata bergantung di sebalik AS untuk ‘menghalalkan’ kezaliman rejim Aparteid Zionis.

Berliau berkata, malah tindakan 120 buah negara yang menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera dan berterusan pada Sidang Khas tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya sia-sia kerana dihalang oleh kuasa veto AS.

“Sejak 1945 sehingga hari ini, sebanyak 34 resolusi Majlis Keselamatan PBB berkaitan Palestin dan Israel telah dihalang oleh AS dengan menggunakan kuasa veto bagi melindungi Zionis.

“Maka sekali lagi saya menggesa supaya kuasa veto dihapuskan demi keamanan sejagat.

“Ketika mewakili Malaysia berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, saya menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan agar tidak disalahgunakan oleh mana-mana negara untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri turut menegaskan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza bukanlah perang atau konflik antara agama.

“Buktinya gereja ketiga tertua di dunia, gereja Saint Porpyrius di Gaza yang dianggap suci oleh penganut Kristian turut musnah dibedil.

“Sokongan kepada Palestin ialah demi kemanusiaan dan keadilan.

“Justeru, kita di Malaysia tidak perlu berpecah dalam perkara ini kerana sudah jelas bahawa ini adalah penjajahan yang paling kejam,” katanya.

Beliau meminta semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan propaganda media barat bahawa episod hitam sedang berlaku ini berpunca daripada Hamas.

Tambahnya, kekejaman dan kezaliman ke atas penduduk Palestin ini adalah rentetan daripada malapetaka atau ‘nakbah’ selepas Zionis menawan Palestin pada tahun 1948. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan