32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiada kontrak komunikasi baharu Kerajaan Madani tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan tiada kontrak komunikasi baharu telah dianugerahkan pada tahun ini oleh pentadbiran Kerajaan Madani.

Sebaliknya, katanya, kerajaan menggunakan hanya sebahagian lebihan nilai kontrak komunikasi pentadbiran lalu iaitu sebanyak RM56.9 juta untuk tujuan promosi dan publisiti.

Jelas MOF, ini kerana terdapat lebihan nilai kontrak komunikasi yang dimeterai semasa pentadbiran lalu tidak dibelanjakan pada tahun 2022.

“Bagi tahun hadapan, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan bagi pengiklanan, promosi dan publisiti untuk tidak melebihi RM100 juta iaitu separuh daripada nilai purata perbelanjaan sebelum ini,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MOF dalam kenyataan itu berkata, dua pentadbiran kerajaan terdahulu membelanjakan sehingga RM700 juta untuk menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh tiga tahun iaitu bermula 2020 hingga 2022.

Advertisements

“MOF ingin mengesahkan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020 hingga 2022 semasa dua pentadbiran lalu mencecah RM700 juta.

“Perbelanjaan itu digunakan untuk menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan melalui semua platform media massa termasuk papan iklan, media cetak, media elektronik (televisyen dan radio) serta media sosial.

“Kebanyakan perbelanjaan bagi tujuan ini diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri,”katanya.

Pada 7 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat sebanyak RM700 juta dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Anwar dilaporkan berkata, kira-kira RM500 juta dibelanjakan bagi tujuan itu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala baki RM200 juta di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan