30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

8 warga Myanmar tiada permit ditahan di perairan Kemaman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman, Terengganu telah menahan satu bot nelayan tempatan dan dua buah bot fiber bersama lapan warga Myammar dalam operasi dijalankan di perairan Kemaman Rabu lalu.

Penahanan suspek dilakukan bertempat 16 Batu Nautika dari Kemaman kira-kira jam 2.16 petang.

Maritim Malaysia (Zon Kemaman) menerusi kenyataan berkata, pihak berkuasa telah memeriksa sebuah bot nelayan tempatan bersama lima awak-awak termasuk tekong warga Myammar yang sedang menangkap ikan.

“Manakala dua bot fiber bersama tiga awak-awak Myanmar lagi ditahan pada keesokannya sekitar jam 8.22 pagi ketika bot ronda Maritim Malaysia rondaan rutin sekitar 34 Batu Nautika Kuala Kemaman.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua warga Myammar disyaki telah melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan tiada sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan yang sah.

Advertisements

“Kesemua bot dan awak-awak, hasil laut anggaran sekitar 500 kilogram dan minyak diesel anggaran 4,000 liter serta peralatan menangkap ikan ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,”katanya.

Maritim Malaysia berkata, kesemua yang ditahan berusia di antara 24 hingga 47 tahun.

Katanya lagi, Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

“Dalam masa sama, memperkasakan penguatkuasaan bagi menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan