27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Polis pantau 76 lokasi kerap kemalangan seluruh negara

Lokasi berkenaan melibatkan jalan persekutuan, negeri dan daerah yang berada dalam sistem KKR.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memantau sebanyak 76 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, lokasi berkenaan melibatkan jalan persekutuan, negeri dan daerah yang berada dalam sistem Kementerian Kerja Raya.

Menurutnya, sebanyak 18 daripada 76 lokasi tersebut merupakan kawasan yang kerap berlaku nahas di negeri Kelantan.

“Kita berharap agar pengguna jalan raya mengikut arahan pihak berkuasa dan juga jangan mengikut atau memandu dengan cara melulu.

“Semua pihak termasuk pengendali lebuh raya supaya tidak perlu mengadakan sebarang kerja-kerja pembaikan lalu lintas kerana ia boleh menyebabkan berlaku kesesakan luar jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan lalu lintas dan menyantuni perantau di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Puti, Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Advertisements

Ujar Mat Kasim, sebanyak 90,000 buah kenderaan telah masuk ke Kelantan sejak 18 April sehingga hari ini menjelang sambutan perayaan Aidilfitri.

Menurutnya, pihak konsesi turut melaporkan bahawa purata harian kenderaan yang masuk menuju ke negeri Pantai Timur adalah sebanyak 200,000 buah setiap hari.

“Pihak PDRM akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan yang dijangkakan akan berlaku bagi membantu petugas di lapangan lokasi-lokasi kesesakan yang perlu diambil tindakan penyuraian lalu lintas.

“Kita mengenal pasti antara faktor utama yang menyumbang kepada peratusan kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya itu sendiri,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan