31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia pantau situasi semasa di Tunisia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia memantau secara dekat perkembangan semasa di Tunisia termasuk penahanan beberapa individu utama.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, antara yang ditahan termasuk pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi dan mantan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia.

“Meskipun ini merupakan isu dalaman sesebuah negara, namun Malaysia ingin menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia. 

Advertisements

“Melihat kepada tahap kesihatan dan umur beliau, kami berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached Ghannouchi di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Zambry berkata, Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan