31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bekalan telur sempena Aidilfitri mencukupi – DVS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini mencukupi.

DVS menerusi kenyataan berkata, pihaknya sentiasa meneliti status semasa bekalan telur ayam bagi mengelakkan berlakunya kekurangan dan sebagainya.

“DVS melalui unjuran yang dibuat bagi April 2023 menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri ini adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.

Advertisements

“Bagi memastikan bekalan telur ayam yang diambil rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata sebanyak 942 juta biji setiap bulan tidak terputus, DVS sentiasa meneliti status bekalan telur ayam secara berterusan dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Sementara itu, kenyataan itu berkata, turut dilaksanakan adalah program intervensi dalam pengedaran telur ayam dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan bekalan sumber protein itu boleh diperolehi di seluruh negara sepanjang Aidilfitri ini.

“DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan