27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis kesan remaja perempuan hilang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, gadis itu berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Gayathri, mempunyai berkulit gelap dan susuk tubuh yang gemuk.

Katanya, alamat terakhir remaja berkenaan adalah di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarganya pada 8 April lalu.

Advertisements

“Sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, orang awam juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama keluarga angkatnya sejak kecil dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan