Tuesday, July 21, 2026

Covid-19: Arcturus dikesan di Sarawak, 6 kes dilaporkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM kes positif Covid-19 disebabkan oleh subvarian Omicron, Arcturus dikesan di Sarawak.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera mendedahkan penemuan itu dalam laporan terbarunya kepada pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

“Memandangkan pengesanan Arcturus di negeri ini, orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan.

“Setiap orang mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan dan mencegah penularan terutamanya semasa musim perayaan yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Perera berkata varian lain yang dikesan ialah XBB1.11.1, dengan 12 kes di Sarawak.

Sementara, beliau berkata IHCM telah mengumpul 33 sampel Covid-19, antara 20 Februari hingga 13 April tahun ini.

Menurutnya, sampel-sampel itu adalah daripada kes positif yang kebanyakannya diperolehi di Kuching manakala satu dari Serian satu dan dua dari Sibu.

“Omicron kekal sebagai varian yang dominan menular dengan beberapa subvarian XBB.1 lain,” katanya.

Untuk rekod, varian baharu itu dikenal pasti di 29 buah negara setakat ini dengan kes meningkat dua kali ganda dari minggu terakhir Mac lalu sehingga minggu pertama bulan ini, kata WHO pada Khamis lalu.

Arcturus lebih mudah berjangkit dan mampu mengelakkan imuniti berbanding varian pendahulunya sama ada imuniti yang diperoleh kerana jangkitan atau melalui vaksinasi.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan