33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lelaki dipenjara sebulan lepas anjing peliharaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini kerana melepaskan seekor anjing peliharaannya jenis Belgian Shepherd sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah akibat digigit anjing itu, Ahad lalu.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap N. Trini Emmanuel Nettar, 53, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan bahaya atau musibah kepada seorang wanita dengan cara melepaskan haiwan itu sehingga mangsa cedera parah di hadapan sebuah rumah di Jalan Nangka, Off Jalan Kovil Hilir Perhentian, Sentul, ibu negara pada 7.30 malam, 16 April lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 18 April lalu.

Advertisements

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh melepaskan anjing itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

“Ia juga dapat memberi pengajaran kepada tertuduh agar perbuatan sama tidak berulang lagi selain dapat memberi pengajaran kepada masyarakat untuk menjaga haiwan peliharaan mereka agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain,” katanya.

Trini Emmanuel yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia tidak bekerja.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan