26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Segelintir umat Islam di Indonesia sambut Syawal hari ini

Mereka membuat pengiraan berdasarkan cara hisab Munjid yang menyambut lebaran lebih awal berbanding yang ditetapkan kerajaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JEMAAH Tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat, dan jemaah Masjid Aolia di Yogyakarta, Indonesia sudah melaksanakan solat sunat Aidilfitri hari ini.

Memetik laporan Kompas, Imam Surau Baru Kota Padang dikenali sebagai Zahar berkata, jemaah berkenaan mula melaungkan takbir raya semalam.

“Pagi ini kita melaksanakan solat Aidilfitri selepas berpuasa selama 30 hari,” katanya.

Jemaah berkenaan dikatakan membuat pengiraan berdasarkan cara hisab Munjid, yang menyambut lebaran lebih awal dari keputusan kumpulan pemerhati kerajaan, sama seperti tahun sebelumnya.

Selain jemaah Tarekat Naqsabandiyah, jemaah Masjid Aolia turut meraikan 1 Syawal hari ini di Yogyakarta.

Advertisements

Imam Jemaah Masjid Aolia Ibnu Hajar, Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal kerana keyakinan dan perjalanan spiritual.

“Sebenarnya ini adalah kerana keyakinan. Di Indonesia kita boleh beraya awal atau puasa awal. Tiada masalah.

“Yang penting jaga kesatuan dan jangan menyalahkan yang lain,” katanya.

Dilaporkan jemaah Aolia turut berada di Sulawesi, Kalimantan, Sumatera, India, Filipina, hingga China,

-AGENSI

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan