29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Seorang kru vesel dikesan positif dadah

Pemeriksaan dilakukan dalam operasi bersama Maritim Malaysia menerusi Zon Maritim Mersing dan AADK.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kru vesel warga tempatan didapati positif selepas pemeriksaan dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing, di sekitar perairan Mersing pada jam 8 pagi semalam.

Pemeriksaan itu turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Mersing.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, operasi itu bertujuan mencegah dan membasmi sebarang kegiatan jenayah terutamanya aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim setempat.

“Hasil pemeriksaan pasukan operasi dari kedua-dua agensi berjaya memeriksa enam buah bot nelayan tempatan termasuk sebuah bot memancing ikan beserta kru.

Advertisements

“Dalam pemeriksaan mendapati, seorang kru vesel warga tempatan didapati positif dadah setelah melalui ujian saringan sebelum diserahkan kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi bersama ini melibatkan sebuah bot ronda Maritim Malaysia PERKASA 31 dengan kekuatan seramai 12 anggota dan pegawai Zon Maritim Mersing serta pegawai dari AADK daerah Mersing.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan operasi seperti ini bersama jabatan dan agensi penguatkuasaan yang lain dari semasa ke semasa dalam mencegah salah laku jenayah di zon maritim Malaysia khususnya di perairan Mersing.

“Dalam masa sama, Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan dan orang awam khususnya bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi memastikan perairan negara terkawal dan keselamatan negara terpelihara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan