25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Op Didik: 23 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 23 keping saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Op Didik yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Sepang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abu Bakar Baginda.

BSPT menerusi kenyataan berkata, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 6. 30 pagi itu sebanyak 65 kenderaan motosikal telah diperiksa.

“Operasi ini dilaksanakan adalah bertujuan mendidik pelajar serta ibu bapa tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas,” katanya.

Advertisements

Sehubungan dengan itu BSPT berkata, polis ingin menasihatkan Ibu bapa perlu memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab memastikan keselamatan anak-anak yang menggunakan kenderaan ke sekolah.

“Mereka perlu sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan kenderaan yang ditunggang cukup syarat untuk ditunggang di atas jalanraya,” katanya.

Operasi berkenaan berakhir pada jam 8 pagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan