33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pelaburan DDI strategik berpotensi jana lebih banyak FDI – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah menetapkan pelaburan langsung domestik (DDI) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menjana jumlah dan merancakkan lanskap pelaburan negara.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk sentiasa mengimbangi kedua-dua pelaburan langsung asing (FDI) dan DDI bagi merangsang pembangunan yang lestari dan seimbang di seluruh negara.

Menurutnya, kewujudan ekosistem perindustrian domestik secara lebih strategik amat penting bukan sahaja bagi menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan, tetapi juga bagi memperkasa ekosistem ekonomi domestik dalam menghadapi pelbagai tantangan global.

“Ia termasuk ancaman perubahan iklim, serta pelbagai cabaran pasca-pandemik dan geopolitik yang telah mengesankan rantaian bekalan, harga bahan mentah meningkat dan kadar inflasi global yang tinggi.

“Pelaburan DDI yang strategik juga berpotensi untuk menarik lebih FDI kerana pelabur asing sentiasa menganggap DDI sebagai penanda aras bagi keyakinan dan komitmen pelabur domestik terhadap kebijakan kerajaan bagi memantapkan lanskap pelaburan dan perniagaan negara,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara Kedua di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Anwar Ibrahim bergambar bersama kakitangan MITI di Putrajaya.

Hadir sama Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan peningkatan DDI, namun kerajaan berpendapat bahawa usaha meningkatkan DDI perlu lebih menyeluruh.

Advertisements

“Sehubungan itu, mesyuarat MPN semalam juga menekankan salah satu mesej Ekonomi MADANI yang diumumkan pada 27 Julai 2023 iaitu mengenai betapa pentingnya kerjasama dan pembabitan strategik oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperkasa DDI.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, MPN mengakui bahawa DDI dan FDI mempunyai kebergantungan antara satu sama lain dan saling melengkapi.

“FDI penting bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi manakala DDI penting bagi memperkukuh ekonomi negara.

“Bagi tahun 2022, sejumlah RM267.7 bilion pelaburan daripada 4,517 buah projek yang diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama) di Malaysia yang akan menjana sebanyak 140,440 peluang pekerjaan.

“DDI menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9 peratus) kepada jumlah ini.

“Manakala bagi suku pertama 2023, nisbah FDI:DDI adalah 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus bagi DDI, dari komitmen pelaburan berjumlah RM71.4 bilion (peningkatan 59.7 peratus tahun-ke-tahun).

“Peningkatan nisbah DDI mencerminkan peningkatan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap kebijakan Kerajaan.

Ujar beliau, mesyuarat MPN kedua ini juga antara lain turut membincangkan mengenai mekanisme terbaik dalam memperkemas lanskap Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara menjelang 1 Januari 2024.

“Berikutan itu, MPN juga memutuskan bahawa Jawatankuasa Koordinasi Pelaburan di antara MITI dan kesemua IPA akan diaktifkan semula,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan