28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Peserta Program Felo Perdana digesa pamer prestasi cemerlang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa semua peserta Program Felo Perdana yang ditugaskan bersama menteri-menteri Kabinet dapat mempamerkan prestasi cemerlang sebagai pemimpin masa depan.

Perdana Menteri berkata, menerusi program tersebut mereka yang terdiri kalangan mahasiswa, dapat menerima pendedahan bukan sahaja mengenai menteri terbabit tetapi juga cara kerja, tradisi serta budaya dalam kerajaan.

“Saya zahirkan harapan agar semua peserta Program Felo Perdana yang ditugaskan bersama Menteri Kabinet masing-masing dapat mempamerkan prestasi cemerlang sebagai pemimpin masa depan.

Advertisements

“Menerusi program ini semua felo akan diberi pendedahan bukan sahaja mengenai menteri, malah cara kerja, tradisi serta budaya dalam kerajaan.

“Mudah-mudahan menerusi mereka dapat menunjukkan prestasi cemerlang dan memanfaatkan sepenuhnya sebagai persiapan pemimpin masa depan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, selepas selesai Mesyuarat Jemaah Menteri, Anwar bersama menteri-menteri Kabinet menghadiri Majlis Penyerahan Felo Perdana di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan