31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis bongkar kes bunuh hasil pemeriksaan sebuah lori

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS membongkar satu kes pembunuhan pada hasil pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah lori di kawasan Jalan UPM-Dato’ Abu Bakar Baginda dekat Sepang, Selangor pada 4 September lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemeriksaan kira-kira jam 1.41 pagi ke atas lori berkenaan yang dinaiki dua lelaki berkenaan dilakukan anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang selepas menerima maklumat.

“Ketika pemeriksaan dilakukan anggota MPV berkenaan mendapati penumpang lori berkenaan tidak sedarkan diri.

“Anggota MPV kemudiannya mengiringi lori tersebut ke Hospital Serdang bagi mendapatkan bantuan.

Advertisements

“Walau bagaimanapun, salah seorang lelaki iaitu penumpang lori itu yang berusia 43 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang memeriksanya.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa (penumpang) mendapati punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Susulan itu, beliau berkata, pemandu lori berusia 41 tahun yang merupakan rakan mangsa yang tinggal di taman perumahan berhampiran telah direman hingga Jumaat ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan