29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Pekerja maut tersepit mesin pemampat bahan kitar semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja lelaki maut selepas tersepit pada mesin pemampat bahan kitar semula dalam kejadian berlaku di premis di Jalan Sungai Puluh, hari ini.

Mangsa yang merupakan warga Bangladesh itu maut di lokasi dalam kejadian berlaku kira-kira 3 petang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan kejadian pada 3.51 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

Advertisements

“Setiba di lokasi, pihak bomb mendapati kejadian melibatkan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh berusia 19 tahun yang tersepit di mesin pemampat ketika melakukan kerja memampat bahan kitar semula.

“Mangsa yang parah kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Punca kejadian masih dalam siasatan” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan