29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lelaki direman seminggu, pukul isteri guna dumbel hingga maut

Mesti Baca

MAHKAMAH Majistret Shah Alam membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, awal pagi Jumaat.

Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pensyarah kolej maut dipukul suaminya akibat cemburu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 5.33 pagi daripada suami mangsa yang mengatakan isterinya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh doktor Hospital Shah Alam terhadap mangsa mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh.

“Siasatan polis mendapati wanita berusia 33 tahun (mangsa) itu telah dipukul oleh suaminya di rumah mereka akibat cemburu sebelum dibawa ke hospital.

Advertisements

“Suspek kemudian telah diberkas pada jam 12.49 tengah hari, hari yang sama selain rampasan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu dumbel,” katanya.

Beliau berkata, semakan ke atas suspek berusia 38 tahun yang bekerja sendiri itu didapati memiliki dua rekod lampau bersabit kes pukul dan dadah.

Katanya, saringan air kencing suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.

“Semakan juga mendapati pasangan itu berkahwin pada April lalu dan ketika kejadian mangsa yang bekerja di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan