30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bila ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak…

Mesti Baca

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain dan pasukan bola sepak tertentu di negara ini.

Penulis tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian. Mungkin untuk melemahkan pasukan lawan dengan mengapi-apikan kebencian terhadap pemain dan pengurusan pasukan berkenaan. Manakala pada yang sama memuji setinggi langit pasukan yang mereka dukung.

Mungkin mereka akan kata, “kami cuma bergurau” atau “itu cuma troll” tetapi mereka tidak sedar perbuatan demikian jika diulang-ulang saban masa, perasaan benci itu pasti tertanam dalam kalangan pengikut laman media sosial mereka.

Lebih aneh, kewujudan akaun-akaun media sosial ini bagai dirancang apabila mereka sederap “menyerang” pemain dan pasukan tertentu tanpa berlapik dan beralas.

Penulis tidak mahu membuat tuduhan bahawa akaun-akaun media sosial ini dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang bermusuhan dengan pasukan berkenaan.

Namun, apa yang pasti perbuatan tersebut perlu dihentikan atas nama semangat kesukanan dan demi masa depan bola sepak negara.

Advertisements

Penulis juga enggan mengaitkan insiden seorang pemain kebangsaan yang disimbah asid semalam dengan akaun-akaun “troll” tersebut kerana apapun alasan, kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Menyindir pemain dan pasukan tertentu termasuk menyentuh hal-hal peribadi bukan sahaja boleh mengundang kemarahan kepada pemain dan pasukan yang dituju malahan para penyokong mereka.

Bimbang jika perkara ini dibiarkan berterusan kelak akan berlaku insiden lebih buruk.

Pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) wajar menyiasat keberadaan akaun-akaun media sosial sedemikan dengan saksama tanpa “memilih bulu”.

Apa yang mereka dapat dengan perbuatan sedemikian? Mengejar populariti atau mahu menjatuhkan lawan secara “tidak sihat”?

Hentikanlah perbuatan ini. Bersainglah dengan sihat di tengah padang dan bukannya mengapi-apikan kebencian kepada pihak lawan di luar gelanggang, apa lagi di media-media sosial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan