29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Tandas sekolah, isu yang sukar diselesaikan selagi…

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TERIMA kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan soal kebersihan tandas sekolah yang rata-ratanya mendukacitakan.

Sememangnya masalah tandas merupakan antara isu besar yang dihadapi oleh pihak sekolah setiap tahun memandangkan kos penyelenggarannya begitu tinggi seiring dengan kadar penggunaannya.

Tandas tersumbat, tiada bekalan air, kerosakan peralatan, tangki air bocor antara masalah yang menjadi keluhan utama ibu bapa setiap kali mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Isu tersebut menjadi lebih sukar apabila setiap tahun peruntukan Kementerian Pendidikan bagi penyelenggaraan sekolah semakin mengecil.

Akhirnya pihak sekolah terpaksa menyerahkan bebanan itu kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.

Malangnya sebahagian besar PIBG turut menghadapi masalah kewangan apatah lagi semakin ramai ibu bapa enggan membayar sumbangan bagi persatuan itu dengan alasan ‘sekolah adalah percuma’.

Sebenarnya amat sukar untuk menyelesaikan isu tandas sekolah ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan penjagaan yang berterusan.

Tandas bersih memberi keselesaan kepada murid. – Gambar hiasan

Apatah lagi, kebanyakan murid terutama mereka yang berada di Tahap 1 sekolah rendah masih belum begitu faham tentang penjagaan tandas.

Berikut adalah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi isu tandas sekolah terutama berhubung penyelenggaraannya.

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji semula jumlah peruntukan tahunan yang diberikan untuk penyelenggaraan sekolah.

Mengecilkan peruntukan setiap kali Bajet dibentang akan menjejaskan pihak sekolah untuk menyelenggara bangunan sekolah khususnya tandas.

Advertisements

Apatah lagi dengan peningkatan harga barang di samping kos untuk pengurusan dan pentadbiran turut meningkat menyebabkan pihak sekolah terpaksa “memejam mata” apabila ada satu atau dua buah tandas rosak.

  1. Ibu bapa perlu lebih kerap mengadakan gotong-royong di sekolah terutama dalam penjagaan kebersihan tandas.

Mereka tidak boleh menyerahkan kepada pihak sekolah bulat-bulat berhubung isu tersebut. Kumpulan Saranan Ibu Bapa (KISB) perlu diaktifkan di semua sekolah.

  1. Beri didikan kepada murid-murid dalam soal penjagaan tandas dengan menerapkan disiplin menerusi mata pelajaran khusus, misalnya diadakan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik.
  2. Mengerahkan murid-murid mencuci tandas secara berjadual dan mengikut giliran dengan tiada murid dikecualikan.

Bagaimanapun, dalam melaksanakan langkah ini ibu bapa perlu reda jika anak-anak mereka disuruh mencuci tandas.

Langkah ini bukan untuk mendera anak-anak tetapi mendidik mereka dalam menjaga kebersihan termasuk tandas.

  1. Malahan ibu bapa sebaiknya menggalakkan anak-anak mereka mencuci tandas di rumah masing-masing supaya mereka faham bahawa kebersihan terutama tandas amat penting.

Dengan disiplin yang diterapkan di rumah, nescaya amalan ini akan menjadi kebiasaan dan akan terbawa-bawa ke mana sahaja anak-anak kita pergi, termasuk di sekolah.

Untuk mendidik anak-anak mencuci tandas sebaiknya dimulakan sejak awal misalnya ketika mereka masih dalam usia 7 hingga 10 tahun kerana apabila sudah memasuki sekolah menengah mereka semakin sukar untuk dibentuk.

Kesimpulannya, isu kebersihan dan penyelenggaraan tandas sekolah tidak akan mencapai titik penyelesaian melainkan melibatkan semua pihak baik pihak KPM, pentadbiran sekolah, guru-guru, murid-murid serta ibu bapa.

Tapi sanggupkah kita?

Lastik! – Trauma masuk tandas sekolah.

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan