32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kante ikut jejak Benzema ke Arab Saudi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG Chelsea, N’Golo Kante dilaporkan semakin hampir mengikut jejak langkah rakan senegara, Karim Benzema ke Arab Saudi selepas ditawarkan kontrak oleh Al Ittihad.

Delegasi daripada kelab Asia Barat itu dilaporkan telah tiba di London untuk mengadakan perbincangan membawa Kante beraksi bersama-sama Benzema di kelan tersebut.

Kontrak Kante di Stamford Bridge berakhir penghujung Jun ini dan beliau ditawarkan kontrak sambungan sehinggan 2025.

Namun, perbincangan mengenai kontrak baharu masih tergantung sejak Mac sekali gus mencetuskan persoalan pemain tengah itu bakal menjadi bintang dunia terbaharu berhijrah ke Liga Profesional Arab Saudi.

Kante dilaporkan ditawarkan kontrak RM492.2 juta setahun termasuk hak imej, komersial dan portfolio ‘kreatif’.

Difahamkan delegasi Al Ittihad telah mula berbincang sejak beberapa hari lalu dan mengharapkan persetujuan dapat dicapai dalam masa terdekat.

Kanter menyertai Chelsea pada 2016 selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City dan menjulang trofi sama pada tahun pertama di kelab barat London itu.

Sementara itu, Chelsea pula dalam proses meremajakan pasukan dan bersedia melepaskan bintang berusia atau tidak diperlukan termasuk Ruben Loftus-Cheek, Edouard Mendy, Mateo Kovacic, Kalidou Koulibaly dan Cesar Azplicueta.

Dalam pada itu, kelab-kelab dari Arab Saudi pula giat memburu pemain bertaraf bintang dengan Lionel Messi, Sergio Busquets, Paul Pogba, Pierre Emerick Aubameyang dan Hugo Lloris dijangka berhijrah ke sana. – Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan