27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Mac Allister lulus ujian kesihatan di Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ALEXIS Mac Allister dilihat berada di padang latihan AXA Liverpoll selepas melengkapkan sesi pemeriksaan kesihatan bagi melengkapkan perpindahan pemain Brighton itu ke Anfield.

Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu merupakan calon utama permbilan musim panas Jurgen Klopp dan Mac Allister dijangka diumumkan sebagai The Reds dalam masa terdekat.

Mac Allister dilihat menujui ke komplek di Merseyside malam tadi dengan mengenakan jaket berhud dan memakain cermin mata hitam bagi mengelakkan identitinya dikesan.

Bagaimanapun, kehadiran pemain kebangsaan Argentina itu dapat dikesan penyokong dan video beliau di kompleks latihan Liverpool tular di media sosial.

Selepas selesai melengkapkan perpindahan itu, Mac Allister dijangka menyertai skuad kebangsaan Argentina bagi mengharungi dua aksi persahabatan.

Mereka akan menentang Australia di Beijing minggu hadapan sebelum terbang ke Jakarta bagi bertemu Indonesia.

Sementara itu, The Reds berharap dengan penambahan Mac Allister ke dalam pasukan akan menyuntik lebih tenaga, kreativiti dan sumbangan gol dari bahagian tengah.

Liverpool berharap dapat melengkapkan perpindahan pemain sebelum 8 Julai sebagai persediaan awal bagi mengharungi musim baharu EPL. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan