27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

PSG singkir Galtier

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARIS Saint Germain (PSG) dilaporkan telah memecat pengurus, Christophe Galtier hanya selepas semusim di Parc des Princes.

Pengurus berusia 56 tahun itu dilantik pada Julai tahun lalu dengan kontrak dua tahun untuk mengendalikan Les Peresiens namun difahamkan tugasnya telah ditamatkan awal.

Galtier berjaya membawa PSG memenangi kejuaraan Ligue 1 ke-11 mereka namun kegagalan kelab gergasi Perancis itu melepasi pusingan kalah mati merupakan kunci kepada pemecatannya.

Selain itu, PSG turut gagal melepasi pusingan 16 terakhir Piala Perancis selepas tewas kepada Olympique Marseille.

Menurut laporan Le Parisien, Galtier dipecat oleh pengarah, Luis Campos pada tengahari semalam dan tindakan tersebut bagai sudah dijangka pemerhati bola sepak.

Galtier sebelum menyertai PSG dilaporkan mengeluarkan komen berunsur perkauman apabila menyatakan terlalu ramai pemain berkulit hitam dan Muslim ketika mengendalikan Nice.

Pengurus itu juga dilaporkan meminta pemainnya yang beragama Islam supaya tidak berpuasa ketika Nice merekodkan lima kemenangan berturut-turut.

Hierarki kelab belum mengumumkan siapa pengganti Galtier namun nama bekas pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann merupakan calon pilihan.

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho turut disenarai pendek selepas masa depannya tidak menentu di Rome susulan kekalahan di final Liga Europa minggu lalu. – Edisi 9

Terkini

Aisha Retno luah rasa melalui Ternoktah

PENYANYI dan pengubah lagu Aishah Retno kembali memukau peminat dengan karya terbaharunya yang sarat dengan emosi dan makna mendalam. Selepas beberapa lagu yang...

Lagi Artikel Berkaitan