27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Neymar hampir pasti sertai Al-Ahli

Menjadi bintang sensasi terbaharu berhijrah ke Arab Saudi selepas Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG kebangsaan Brazil, Neymar semakin hampir menyertai barisan bintang sensasi dunia beraksi di Liga Profesional Arab Saudi selepas Paris Saint-Germain (PSG) bersetuju dengan tawaran Al-Ahli, Sabtu lalu.

Kelab yang dimiliki Public Investment Fund (PIF) itu dilapor telah menempat slot pemeriksaan kesihatan untuk Neymar dan hanya menunggu lampu hijau PSG.

Pemain berusia 31 tahun itu turut dikecualikan dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 menentang Lorient Sabtu lalu.

Memetik laporan ESPN, kelab gergasi Perancis itu meminta yuran perpindahan sebanyak RM466.9 juta untuk Neymar dan perbincangan tersebut dikatakan berjalan dengan baik.

Advertisements

Sekiranya segalanya berjalan lancar, Neymar bakal menyertai beberapa bintang dari Eropah seperti Ruben Neves, Kalidou Koulibaly dan Sergej Milinkovic-Savic di Al-Ahli.

Kelab itu juga turut membida rakan sepasukan Neymar di PSG, Kylian Mbappe susulan hubungan buruk dengan majikannya namun bidaan tersebut ditolak.

Neymar menyertai PSG dari Barcelona pada 2017 dan dalam tempoh tersebut, penyerang berkenaan telah menjaringkan 118 gol dalam 173 penampilan.

Sementara itu, Neymar turut dikaitkan dengan kepulangan ke Barca namun tidak dapat dipastikan sama ada pengurus kelab, Xavi Hernandez berminat dengan cadangan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan