29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahli UMNO diminta terus bersabar, tenang

Semua ahli UMNO perlu bertindak rasional bagi memastikan tidak termasuk dalam perangkap Perikatan Nasional (PN)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA ahli UMNO diminta supaya bersabar dan bertenang susulan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata dalam situasi ini semua ahli UMNO perlu bertindak rasional bagi memastikan tidak termasuk dalam perangkap Perikatan Nasional (PN) .

“Apa-apa pun saya nasihatkan kepada semua ahli UMNO untuk terus bersabar dan kekal tenang.

“Jangan sampai kita secara tidak sedar telah masuk perangkap PN untuk menjadi buah catur kepada mereka,”katanya menerusi Facebook di sini.

Justeru, bekas Ketua Puteri UMNO itu, berkata ada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh UMNO dan usaha memperbaiki dan memulihkan semula sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) perlu dilaksanakan.

“Secara keseluruhan BN mengalami kemerosotan sokongan dari penyokong dan juga ahli UMNO sendiri,”katanya.

Namun, Zahida menyifatkan prestasi BN di Negeri Sembilan sebagai membanggakan selepas mencatat pencapaian baik sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Advertisements

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon BN yang menang terutamanya kepada calon-calon BN di Negeri Sembilan.

Bagi saya pencapaian yang boleh dibanggakan dan boleh dijadikan rujukan kerana BN Negeri Sembilan memberi prestasi baik sejak PRU15 yang lepas,”katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua Jentera BN terutama Jentera Wanita BN Pandan yang memberi komitmen penuh.

“InsyaAllah. Saya akan terus memberi cadangan dan pandangan supaya BN kembali mendapat mandat rakyat,”katanya.

Dalam PRN enam negeri Sabtu lalu, BN mencatat prestasi buruk apabila hanya menang 19 daripadanya 108 kerusi DUN yang ditandingi.

Pencapaian terbaik BN adalah di Negeri Sembilan dengan menang 14 daripada 17 kerusi DUN ditandingi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan