32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Gol penalti lewat Ronaldo bawa Al-Nassr ke final ACCC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penalti pada lewat permainan untuk membawa Al-Nassr ke final Piala Juara Juara Kelab Arab (ACCC) selepas menewaskan Al-Shorta 1-0, malam tadi.

Kapten Portugal itu menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-75 sekali gus membawa kelab berpangkalan di Riyadh itu ke perlawanan akhir untuk kali pertama dalam sejarah.

Jaringan tersebut merupakan gol keempat Ronaldo dalam empat perlawanan dengan kempen Liga Profesional Arab Saudi akan bermula minggu ini.

Menariknya, Ronaldo dihadiahkan trofi penjaring terbanyak lebih awal, biarpun masih ada satu lagi perlawanan akan berlangsung.

Ronaldo yang mengumpul empat gol meninggalkan Karim Benzema di tempat kedua dengan tiga gol namun kelab bekas penyerang kebangsaan Perancis itu, Al-Ittihad telah tersingkir.

Advertisements

Perlawanan akhir akan berlangsung Sabtu ini dengan Al-Nassr kemudiannya akan ke Dammamm untuk memulakan kempen liga menentang skuad kendalian Steven Gerrard, Al-Ettifaq.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Al-Hilal mara ke final selepas menewaskan Al-Shabab 3-1, awal pagi tadi.

Gol-gol Al-Hilal disumbangkan Mohamed Kanno pada minit ke-9, Malcom (45′), Abdullah Al-Mayouf (25) dan Abdullah Al-Hamdan (90′).

Wakil Arab Saudi itu turut dibarisi pemain berkualiti yang direkrut dari Eropah seperti Sergej Milinkovic-Savic, Kalidou Koulibaly dan Ruben Neves. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan