26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sanusi diberi 48 jam untuk mohon maaf – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberikan tempoh 48 jam kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor untuk memohon maaf dan membayar ganti rugi.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata, peguamnya telah menyampaikan surat tuntutan berkenaan pada pukul 7.36 petang tadi kepada Muhammad Sanusi.

Tegasnya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu melakukan fitnah tersebut dalam ucapannya di Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu.

“Muhammad Sanusi telah memfitnah, antara lain, bahawa saya memberikan tanah negeri secara percuma kepada syarikat swasta.

Advertisements

“Dalam surat yang disampaikan malam tadi, saya telah menuntut supaya Muhammad Sanusi dalam tempoh 48 jam menarik balik dan minta maaf kenyataan fitnah beliau,” katanya hari ini.

Amirudin berkata, Muhammad Sanusi juga perlu membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu.

Ujarnya, tindakan tersebut telah menjejaskan institusi Datuk Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

“Namun begitu, jika Muhammad Sanusi gagal berbuat demikian, saya terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan