26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JDT lebarkan rekod kemenangan dalam 19 perlawanan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim melebarkan rekod kemenangan 100 peratus kepada 19 perlawanan selepas membelasah Sabah FC 5-1 di Stadium Likas, malam tadi.

Jafri Firdaus Chew mengejutkan pelawat menerusi satu jaringan cantik dari luar kawasan penalti sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Azmi di gawang JDT pada minit ke-13.

Gol tersebut seakan mengejutkan Harimau Selatan yang sedang tidur apabila skuad bimbingan Esteban Solari itu bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Juan Muniz pada minit ke-17.

Pelawat kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Rawilson Batuil didakwa sengaja menjatuhkan Muniz di dalam kawasan penalti.

Bergson da Silva yang ditugaskan mengambil sepakan tidak mempunyai masalah meletakkan bola ke kiri gawang Sabah ketika penjaga gol, Damien Lim merebahkan badan ke arah bertentangan.

Advertisements

Penyerang import baharu JDT, Heberty Fernandes terus menyerlah di Liga Malaysia apabila menjaringkan gol ketiga pelawat menerusi percubaan leret dari luar kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Untuk rekod, itu merupakan gol keempat Heberty dalam tiga perlawanan sejak menyarung jersi Harimau Selatan.

Bergson menjaringkan gol kedua peribadinya pada malam itu menerusi satu rembatan padu yang gagal diselamatkan Damien pada minit ke-64.

Penyerang dari Brazil itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-73 apabila meledak gol kelima JDT menerusi gerakan satu dua bersama Heberty sebelum melepaskan rembatan leret masuk ke gawang Sabah.

Kemenangan itu meletakkan JDT terus unggul di tahta Liga Super dengan kelebihan 14 mata selepas mengutip 57 mata dalam 19 perlawanan, meninggalkan Selangor di tempat kedua yang beraksi lebih satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan