33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Terokai mekanisme baharu tingkat gaji pekerja swasta – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedang berusaha menerokai kaedah dan mekanisme baharu bagi memastikan gaji pekerja di sektor swasta dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarpun tidak dilaksanakan kebanyakan negara, kerajaan tetap memikirkan kaedah dan pelaksanannya.

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta. 

“Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. 

“Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, Anwar berkata, peranan penting turut dimainkan usaha kecil dan sederhana dalam mengembangkan Ekonomi Madani.

“Ia berkait dengan (isu) menokhtahkan kemiskinan. Program perlu dibuat supaya kelompok ini tidak dipinggirkan… dan ia memerlukan komitmen politik yang jelas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan peruntuk RM2.3 juta untuk program perpaduan YSS

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi pelaksanaan program perpaduan bagi tahun ini. Menteri Perpaduan Negara,...

Lagi Artikel Berkaitan