25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

308 pengundi di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram berusia lebih 100 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 294 pemilih di Parlimen Pulai dan 14 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berusia lebih 100 tahun, berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut daftar pemilih tambahan (DPT) April 2023, daripada 294 orang di kawasan Parlimen itu, sejumlah 41 orang berusia 100 tahun manakala yang paling tua sebanyak tiga orang iaitu berusia 115 tahun, bagi DUN Simpang Jeram pula terdapat dua orang berusia 109 tahun yang merupakan pengundi tertua di situ.

Selepas proses pemutihan, data SPR menunjukkan sebanyak 166,653 orang bagi kawasan Parlimen Pulai dan 40,379 orang di DUN Simpang Jeram layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan berkenaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 165,700 di kawasan Parlimen berkenaan merupakan pengundi biasa, 927 ialah pengundi awal dan 26 orang pengundi tidak hadir sementara bagi kerusi Simpang Jeram, terdapat 40,373 pengundi biasa manakala enam orang ialah pengundi tidak hadir.

Bagi Parlimen Pulai, kumpulan pengundi terbesar adalah bagi kategori 21 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 21.05 peratus atau 35,074 pengundi; diikuti kategori 30 hingga 39 tahun berjumlah 34,235 orang dan kategori 40 hingga 49 tahun melibatkan 32,271 pengundi, menurut SPR.

Advertisements

Sementara itu, kumpulan pengundi terbesar di DUN Simpang Jeram meliputi lingkungan umur 30 hingga 39 tahun iaitu 23.10 peratus daripada jumlah pengundi atau 9,326 orang, diikuti 9,160 pengundi daripada umur 21 hingga 29 tahun manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 7,113 orang.

Berdasarkan statistik yang sama, pengundi lelaki di Parlimen Pulai merekodkan 83,724 orang, lebih ramai berbanding wanita sebanyak 82,929 pengundi, manakala kerusi Simpang Jeram, keadaan sebaliknya iaitu wanita melebihi lelaki dengan 20,626 pengundi berbanding 19,753 pengundi lelaki.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos ini, diikuti undi awal pada 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept ini.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan