25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

HANKidzathon sasar kutipan RM100,000

Mesti Baca

BERUSAHA meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak, HANKidz melancarkan acara maraton yang diberi nama HANKidzathon.

Menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000, acara itu bertujuan memberikan penekanan terhadap hak mereka untuk hidup sihat, diperlakukan dengan adil, suara mereka didengari, keselamatan serta diri mereka dilindungi dan terutamanya, mendapatkan pendidikan.

Meraikan 11 tahun yang penuh bermakna dalam membina pemimpin-pemimpin masa hadapan, acara itu akan berlangsung pada 29 Oktober depan.

Bakal diadakan di Rimbayu, HANKidzathon adalah sebuah maraton kepimpinan dengan jarak sejauh tiga kilometer, bersedia untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of

Records dengan penyertaan terbanyak bagi acara yang memfokuskan kepada peningkatan kesedaran terhadap hak kanak-kanak ini.

Pengasas HANKidz, Hank Khoo berkata, HANKidzathon adalah bukti komitmen HANKidz terhadap dunia bahawa setiap kanak-kanak boleh menghidupkan potensi mereka sepenuhnya.

“Kita bukan hanya sekadar berlari. Kita berlari untuk satu tujuan, berlari untuk impian dan berlari untuk dunia di mana hak setiap kanak-kanak untuk hidup sihat, diperlakukan dengan adil, didengari, dilindungi dan berpendidikan bukan sekadar dihormati tetapi untuk dirai,” katanya.

Advertisements

Dengan sasaran penyertaan seramai 1,200 sehingga 1,500 peserta, HANKidzathon berharap RM100,000 dana yang disasarkan berjaya dikumpul.

“Dana ini akan memberikan nafas baharu kepada impian kanak-kanak dengan menyokong pendidikan mereka melalui Yayasan Chow Kit (YCK) untuk enam tahun yang akan datang danmenyinari jalan mereka menuju masa hadapan yang lebih cerah,” katanya lagi.

Ibu bapa, kanak-kanak dan orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat turut diundang untuk menyertai acara ini bersama, bagi meningkatkan bukan sahaja kesejahteraan tubuh badan, tetapi juga untuk mengukuhkan

ikatan kekeluargaan.

Tidak hanya sekadar acara pecah rekod, ia juga adalah harapan bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan, kanak-kanak pelarian dan juga kanak-kanak berisiko, di mana impian mereka sering terhalang disebabkan oleh kesusahan yang dihadapi.

Bagi yang berminat menyertai acara maraton ini layari checkpointspot.asia/event/HKZT23. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan